Bacaan Doa Qunut Solat Subuh Panduan Lengkap

Bacaan Doa Qunut Solat Subuh Panduan Lengkap – Cara bacaan doa qunut. Umum mengetahui doa qunut dibaca pada iktidal rakaat kedua waktu solat subuh. Hukum membaca doa qunut adalah sunat ab’ad (sunat yang dituntut).

Doa qunut:

Qunut Subuh
Bacaan Doa Qunut

Bacaan Rumi:

Allah hummah dini fiman hadait.
Wa’a fini fiman ‘afait.
Watawallani fiman tawalait.
Wabarikli fimaa a’tait.
Waqinii syarramaa qadzait.
Fainnaka taqdhi wala yuqdha ‘alaik. Waiinahu layadziluman walait. Walaa ya’izzuman ‘adait.
Tabaa rakta rabbana wata’alait.
Falakalhamdu ‘ala maaqadzait.
Astaghfiruka wa’atubu ilaik.
Wasallallahu ‘ala Saidina Muhammad. Wa’ala alihi wasahbihi Wasallam.

Maksudnya:

Ya Allah tunjukkanlah akan daku sebagaiman mereka yang telah Engkau tunjukkan

Dan berilah kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang Engkau telah berikan kesihatan

Dan peliharalah daku sebagaimana orang yang telah Engkau peliharakan

Dan berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan

Dan selamatkan aku dari bahaya kejahatan yang Engkau telah tentukan

Maka sesungguhnya Engkaulah yang menghukum dan bukan kena hukum

Maka sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin

Dan tidak mulia orang yang Engkau memusuhinya

Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha tinggi Engkau

Maha bagi Engkau segala pujian di atas yang Engkau hukumkan

Ku memohon ampun dari Engkau dan aku bertaubat kepada Engkau

(Dan semoga Allah) mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya.

Jika anda menjadi imam, anda perlu membaca dan mengubah kalimah tertentu. Manakala, makmum tidak perlu membaca pada kalimah-kalimah tersebut hanya perlu menadah tangan serta menyambutnya  dengan amin sahaja. Kalimah kalimah tersebut ialah :

“Allah humah dini” kepada  “Allah humah dina”

“Wa’a fini ” kepada “Wa’a fina ”

“Watawallani” kepada “Watawallana”

“Wabarikli”  kepada “Wabariklana”

“Waqinii” kepada “Waqina”

 

TERLUPA UNTUK BACA DOA QUNUT

Perkara ini sering berlaku kepada kita ketika solat subuh iaitu terlupa untuk baca doa qunut dan terus sujud. Jadi SAH atau TIDAK solat kita.

Solat kita sah kerana membaca doa qunut itu sunat. Namun disunatkan untuk melakukan sujud syahwi kerana membaca doa qunut adalah sunat aba’ad.

CARA MELAKUKAN SUJUD SYAHWI

  • Sujud syahwi dilakukan selepas selesai bacaan tahiyat akhir dan sebelum salam.
  • Melakukan sujud sebanyak dua kali.
  • Pada kedua-dua sujud berikut hendaklah membaca tasbih ini:
سُبْحَانَ مَنْ لَا يَنَامُ وَلَا يَسْهُوْ

Subhaana man-laa yanaamu walaa yashuu

Maksudnya: Maha suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa

Alhamdulillah selesai sudah solat subuh. Adakah anda fahaminya. Jadi selepas solat seperti biasa kita perlulah membaca doa selepas solat.

Posted in Tutorial | Leave a comment

Cara Solat Taubat Panduan Lengkap Disini

Inilah Cara Solat Taubat yang baik dan benar untuk kita pelajari dan perlu kita ketahui saat akan menjalankan solat tersebut, karena dengan cara yang benar makan ibadah kita akan bisa sempurna dan akan menambah kemantapan kita asaat menjalankan ibadah solat.

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Solat Sunat Taubat dilakukan selepas seseorang itu melakukan dosa dan kesalahan atau perlanggaran hukum-hukum agama atau berasa dirinya bersalah dan berdosa kepada Allah SWT. kemudian menyesali atas perbuatan itu dan ingin kembali semula ke jalan Allah (bertaubat).

Rasulullah SAW. telah bersabda: “Sesiapa yang pernah melakukan perbuatan dosa, bersegeralah berwuduk kemudian dirikan solat dan mohonlah keampunan kepada Allah SWT., Allah pasti akan menerima permohonannya itu. Kemudian bacalah ayat ini:

“Mereka yang pernah mengerjakan perbuatan dosa atau telah berbuat dosa terhadap dirinya sendiri lalu mereka bersegera mengingati Allah dengan memohon keampunan Ilahi terhadap dosa yang dilakukan itu. Siapakah yang akan mengampuni segala dosa, selain Allah? Kemudian itu mereka berasa insaf dan sedar serta tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi, maka mereka akan diberi pahala dan ganjaran syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai dan disitulah tempat mereka selamanya.”  (HR Abu Daud, Nasa’I, Ibnu Majah dan Baihaqi.)

Solat Taubat boleh dilakukan dua, empat atau enam rakaat pada bila-bila masa yang dikehendaki, tetapi lebih afdal pada waktu tengah malam dimana suasananya lebih sunyi dan tenang.

Fadhilat Taubat:

1. Diampunkan Allah SWT.

2. Dimudahkan segala urusan.

3. Menceriakan kehidupan seharian.

4. Menghilangkan perasaan yang menekan.

5. Mencegah dosa dan menghindari gangguan.

CARA SOLAT TAUBAT

1.  Niat Solat Sunat Taubat:

2.  Bacaan surah selepas Al-Fatihah:

Rakaat pertama:   Surah Al-Kafirun

Rakaat kedua:   Surah Al-Ikhlas

3.  Semasa  sujud terakhir pada rakaat kedua (sebelum duduk Tahiyyat Akhir) iaitu selepas membaca tasbih biasa, bacalah Tasbih berikut 40 kali:

“Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-niy kun-tu mi-naz-zhoo li-miyn.”

Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini termasuk daripada golongan orang yang aniaya (zalim).

4.  Setelah memberi salam hendaklah memperbanyakkan beristighfar :

a. Bacalah istighfar berikut sebanyak 10 / 100 kali;

“As-tagh-fi-rul-Laa-hil ‘A-ziym, al-la-dziy laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih.”

Daku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus dan daku bertaubat kepada-Nya.

b.  Sambung baca Istighfar Tauhid berikut sebanyak 10 / 100 kali;

“As-tagh-fi-rul-Laa-hil ‘A-ziym, al-la-zii laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih. Tau-ba-ta ‘Ab-di zhoo-li-mi laa yam-li-ku li-naf-si-hi dhor-raa, wa-laa naf-‘an wa-laa mau-tan wa-laa ha-yaa-tan wa-laa nu-syuu-raa.”

Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.

c.  Kemudian bacalah Penghulu Istighfar sebanyak 3 Kali :

“AL-Laa-Hum-ma an-ta rab-bi  Laa i-la-ha il-laa an-ta kho-laq-ta-ni wa-a-naa ‘ab-du-ka wa-a-naa ‘a-laa ‘ah-di-ka wa-wa’-di-ka mas-ta-th0′-tu, a-‘uu-dzu-bi-ka min syar-ri-maa sha-na’-tu, a-buu u-la-ka bi-ni’-ma-ti-ka ‘a-lay-ya wa-a-bu-u bi-dzan-bi fagh-fir-lii, fa-in-na-hu laa yagh-fi-rudz dzu-nuu-ba il-laa an-ta.”

Ya Allah! Dikaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Dikau; Dikau yang menciptakan daku dan daku adalah hamba-Mu. Dan sedaya mampuku, daku berpegang dengan janji dan sumpah setiaku terhadap-Mu. Daku memohon perlindungan-Mu daripada segala kejahatan yang telah dilakukan; Daku mengakui akan segala nikmat yang Dikau berikan kepadaku dan daku mengakui akan dosa-dosaku. Maka ampunilah daku kerana tiada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Dikau.

5.  Baca Doa Taubat

Daku memohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus!

Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tidak berdaya untuk menolak mudharat atau berbuat manfaat dan tidak mampu mematikan atau menghidupkan mahupun membangkitkan (di Padang Mahsyar kelak).

Daku mohon perlindungan-Mu daripada dosa, kemalasan, dugaan kubur dan seksanya. Daku mohon perlindungan-Mu daripada segala kesalahan dan hukuman.

Ya Allah! Bersihkanlah diriku daripada dosa-dosa sebagaimana kain putih dibersihkan daripada kekotoran. Ya Allah! Sesungguhnya daku bertaubat kepada-Mu di atas segala dosaku, dan daku berjanji tidak akan mengulanginya.

Ya Allah! Pengampunan-Mu adalah lebih luas daripada dosa-dosaku dan pengampunan-Mu terhadapku adalah lebih tertunai daripada amalan baikku. Ya Allah! Sesungguhnya daku telah banyak sekali menganiaya diriku sendiri, tiada yang dapat mengampuni dosaku itu kecuali Dikau; Maka berikanlah daku keampunan-Mu, kasihanilah daku.

Ya Allah, Ya Tuhanku! Terimalah taubatku, suci bersihkanlah segala dosaku dan kabulkanlah permohonanku. Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang!

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

Demikian semoga bermanfaat untuk anda.

Posted in Tutorial | Leave a comment

Cara Solat Perempuan Panduan Lengkap Disini

Solat (bahasa Arab: صلاة‎; pl. ṣalawāt) merujuk kepada sembahyang dalam agama Islam. Solat terbahagi kepada solat fardu dan solat sunat. Solat fardu diwajibkan ke atas orang Islam yang baligh dan berakal sebanyak 5 kali sehari pada waktu-waktu tertentu. Solat fardhu merupakan Rukun Islam yang ke-2 dari lima Rukun Islam.

Baiki cara solat khas untuk perempuan.

Ingatlah, pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita.

Kaum lelaki tolong forwardkan pada kawan-kawan perempuan dan isteri.

Ilmu yang terlalu bernilai, rugi kalau tak dikongsi bersama.Topik adalah mengenai adab-adab solat. Apabila pergi solat di tempat awam, terdapat bermacam gaya orang mendirikan solat, baru kini timbul kesedaran untuk kongsi cara-cara yang betul solat bagi muslimah agar solat kita berkualiti.

Adakah solat yang tidak berkualiti mahu diterima Allah?. Umur telahm pun lanjut tetapi solat masih di peringkat mediocre, itu pun kalau boleh dikategorikan begitu. Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat, kita dicadangkan mengambil masa 2 minit untuk “menyediakan diri” sebelum menghadap Yang Maha Esa.

Dua perkara yang elok dilakukan sebelum berniat untuk solat sewaktu kita berdiri tegak sebelum lafaz niat adalah:

Minit pertama – Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dalam diri kita.
Kenangkan kembali siapa kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah-olah tidak layak untuk diberi peluang menghadap yang Esa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan menyesallah.

Minit kedua – Membangkitkan rasa BERTUAN. Betapa kita diciptakan oleh yang Esa untuk beribadat kepadaNya. Kenangkan betapa bersyukurnya kita dijadikan sebagai seorang Islam, mempunyai Allah yang Esa begitu menyayangi hamba-hambaNya yang hina ini lebih daripada seorang ibu menyayangi anaknya.

Setelah dilakukan kedua-dua perkara ini, barulah kita niat solat dan mengangkat takbir. Berniatlah dalam keadaan berdiri tegak, bukan sambil membetul2kan kain sembahyang, telekung dan sebagainya. Fokus.

Cara-cara solat yang betul, penuh adab dan sopan, sesuai dengan keperibadian kita sebagai wanita dan selayak-layaknya adab semasa menghadap Allah.

1) Mengangkat takbir – ada 3 cara mengangkat takbir :

i. Dgn meletakkan kedua2 ibu jari di bawah cuping telinga

ii. Dgn meletakkan kedua2 jari telunjuk di bawah cuping telinga

iii. Mengangkatkedua2 tgn sehingga ke paras dada (bukan telinga).

Perlu diingatkan, kedua-dua lengan hendaklah dirapatkan ke badan. Menurut penceramah, syaitan-syaitan yang berupa kambing hitam gemar bergayut dicelah-celah lengan(bawah ketiak) untuk mengganggu solat kita, jadi dengankedua-dua lengan dirapatkan, tiada ruang untuk mereka.

2) Qiyyam – cara qiyyam yang betul ialah memposisikan tangan kiri ke atas sikit dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan ke atas, seolah2 menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas tangan kiri agak-agak selesa. Pastikan kedua-dua lengan adalah rapat mendekati badan.

3) Rukuk – peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dengan penuh tertib dan sopan. Kedua-dua tangan melurut peha dengan perlahan dan berhenti di atas lutut. Pastikan badan kita dlm posisi sudut tepat (90 darjah). Siku juga dirapatkan ke badan dan sudut tepat.

4) ‘Iktidal – tegakkan badan semasa membaca “Sami Allahuliman hamidah…” dan mengangkat tangan posisi takbir ketika membaca “rabbanaa lakal hamdu”

5) Sujud – sujud daripada segi istilah ialah “penyerahan diri yg tertinggi”. Tertib sujud ialah dengan meletakkan kedua-dua lutut ke lantai, baru diikuti tapak tangan dan seterusnya dahi. Kedua-dua tangan dirapatkan di bahagian bawah sedikit daripada ibu jari, yang mana ada sedikit ruang terbuka di antara kedua-dua tangan dan di situlah dahi diletakkan. Jangan sujud terlalu jauh ke hadapan kerana dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yang 7 iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut and kedua belah kaki (setakat jari sahaja).Ibu jari kaki dilentur sedikit agar menghala ke kiblat.

6) Duduk antara 2 sujud – ada 2 cara :

i. Papan punggung diletakkan di atas kedua2 kaki

ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dan kaki kanan dilentur agar ibu jari menghadap kiblat.

7) Bangun selepas sujud – duduk sebentar sebelum bangun, bukan dalam keadaan bangun menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan untuk bangun, gunalah tangan kanan untuk membantu kita bangun atau kedua-dua tangan.

8) Tahiyyat – mengangkat telunjuk pada ketika menyebut “….illallahh.
.” ( “laa ilaa ha ILLALLAH”) Jari telunjuk itu jangan diturunkan sehingga memberi salam.

9) Salam – tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam. Menoleh sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai di sekeliling kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah jika bahu dialihkan sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180 darjah.Semasa menoleh ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan sebaliknya.

10) Berdoa sesudah solat – seelok-eloknya duduk ialah dengan melapikkan papan punggung dengan kedua-dua kaki. Tangan diangkat separas dada dan berdoalah dalam keadaan tunduk sedikit kerana sekiranya kita berdoa dengan tangan yang tinggi dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kita sedang menghadap yang Esa.

Perlu diingatkan bahawa kain yg digunakan untuk solat juga perlu menepati ciri-ciri yang tertentu. Antaranya:

1) Tidak jarang. Rata-rata kain telekung masa kini adalah jarang. Sekiranya kita memakai kain yang jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna kulit, maka solat kita tidak sah. Seelok-eloknya carilah kain telekung yg tidak jarang (antara caranya ialah dgn menggunakan 2 lapis kain).

Ataupun, pakailah anak telekung atau tudung labuh di dalam dan pastikan sewaktu di rumah, apabila kita solat cuma dengan berbaju sleeveless dlm telekung, pastikan bahu dan tangan tidak kelihatan warna kulit jika diamati dari luar telekung.

2) Kadang-kadang sewaktu musafir, ada muslimah yang tidak mahu membawa kain solat, sekadar membawa telekung sahaja.

Apabila tiba waktu solat, cuma kain di badan sahaja digunakan dan bagi menutupi kaki, kita memakai stokin. Cara ini memang tidak salah, tapi pastikan stokin yg dipakai tidak jarang. Ingatlah sewaktu kita sujud, kain stokin itu akan menegang (stretch) jika dibimbangi, terdedah aurat kita ketika itu dengan itu tidak sahsolat tersebut. Sebaik-baiknya pakai stokin yang tebal ataupun jika tiada dipakaikan 2 lapis.

3) Ada kain telekung yang indah bersulam dan berkerawang.
Ada yg berlubang-lubang sehingga di belakang telekung. Adakalanya, bagi mereka yg rambut panjang, jika tidak ditutup betul-betul dengan serkup/anak telekung,rambut-rambut ini akan terkeluar di celah-celah kerawang telekung. Oleh itu, berhati-hatilah. Sama-samalah kita berusaha memperbaiki solat kita kerana ia adalah tiang agama.

Pertama sekali yang akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita. Solat yg baik akan melahirkan peribadi yg baik.Mudah- mudahan hasil daripadanya dapatjadikan pedoman dalam memperbaiki diri insha ALLAH

Posted in Tutorial | Leave a comment